Jalan Dakwah


Download disini
Password : kammiumn

Setiap ilmu mempunyai fiqh (kefahaman) yang membawa para pendukung dan pelajarnya ke arah
mengetahui apa yang wajib diketahui dari ilmu itu. Oleh kerana itu hukum-hukum al-Quran mempunyai fiqh. Sunnah yang mulia mempunyai fiqh. Begitu juga sirah nabawiyah, mempunyai fiqh. Berpandukan contoh ini, maka dakwah agama dan pembaikan (al-islah) juga mempunyai fiqh. Hanya orang yang telah diberikan agama, ilmu dan ikhlas oleh Allah Taala sahajalah yang mampu mengetahui dalamnya ilmu ini.
Dengan agama lahirlah iman, dengan ilmu sempurnalah keterangan dan pengetahuan dan dengan keikhlasan berjayalah sesuatu amal dan usaha. Limpah kurnia Allah s.w.t., dan banyak lagi kurnia Allah s.w.t. telah menghendaki untuk menyediakan saudara Mustafa Masyhur yang mulia itu. Dia memilihnya bersama pendukung dakwah yang lain untuk dakwah kepada Allah s.w.t.. Dia menetapkan pendirian mereka itu di atas al-hak di tengah kemelut ujiannya. Pun begitu apabila mereka keluar daripada ujian itu pendirian mereka lebih kuat, hati mereka lebih bulat untuk dakwah dan jiwa lebih kuat lagi. Kita tidak akan mensucikan seseorang lebih dari mensucikan Allah s.w.t. dan Allahlah yang mencukupi kita dan mencukupi mereka. Saudara kita yang mulia ini telah menghargai kurnia Allah s.w.t. yang terlimpah kepadanya. Beliau menghargai keinginan kaum pemuda yang terjun ke medan dakwah Islam untuk mengetahui jalan menuju Allah s.w.t. dengan bashirah (pandangan ilmu) dan tadabbur (renungan). Lalu dia beristikharah kepada Allah s.w.t. dan menulis untuk kita beberapa rencana dan artikel secara terusmenerus serta bersambung-sambung tentang fiqh ad-dakwah di dalam majalah Ad-Dakwah. Sebahagian daripada para pembaca mencadangkan supaya saya mengumpulnya menjadi sebuah buku.

Dengan itu ia dapat menolong para pendokong dakwah untuk berjalan di atas jalan yang nyata dalam urusan yang dakwah kepada Allah s.w.t. serta mudah difahami oleh pemuda Islam. Kita mengenali saudara yang mulia ini kerana kesetiaannya kepada al-hak. Kerana itulah saya berani mengatakan bahawa buku mengenai topik ini adalah baik dan berfaedah. Beliau telah menerima fiqh ad-dakwah sejak remaja lagi dan melaksanakannya di zaman mudanya Allah s.w.t. menetapkan (pendiriannya) apabila beliau dewasa dan beliau diuji dizaman tuanya. Kemudian Allah Taala membekalkan beliau dengan kemampuan menulis mengenai topik ini yang telah disaksikan oleh dan ilmunya. Itu adalah satu kurniaan dari Allah s.w.t. yang diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya dan tidak ada kesusahan di atas kurniaan Allah s.w.t.. Kita dan para pembaca yang mulia memberi pujian dan terima kasih yang tinggi kepada beliau. Kita tidak mempunyai apa-apa untuk beliau dari Allah s.w.t. kecuali doa.
Firman Allah Taala: "Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku. Aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah s.w.t, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik". Yusuf: 108
Description: Jalan Dakwah Rating: 4.5 Reviewer: Pak Sam ItemReviewed: Jalan Dakwah
Posted by:Mbah Qopet
Admin Pembelajar Updated at: 21:58

0 comments

Post a Comment